Logo RAS - New

Logo RAS - New

August 7, 2009

Pembakaran Terbuka

Sebarang kebakaran , pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas tidak dihalakan melalui cerobong atau serombong kecuali aktiviti-aktiviti yang di tetapkan oleh Menteri melalui Perintah yang disiarkan oleh Warta.

AMARAN !
Aktiviti yang dilarang sama sekali:
  • di atas tanah gambut
  • kawasan 30km jejari di sekitar lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kecuali 5 aktiviti berikut ;

* pembakaran tanaman berpenyakit;

*pembakaran untuk aktiviti keagamaan penyembahan;

*pembakaran mayat;

*grill,barbeku (bukan di atas tanah gambut); dan

* 'flaring'

PERUNTUKAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974

  • Seksyen 29A

Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis.

  • Seksyen 29B

Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan melanggar Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

  • Perintah Larangan (di bawah Sekyen 29AA)

Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar boleh mengeluarkan Perintah Larangan bagi memberhentikan semua aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka termasuk 15 aktiviti yang diistiharkan sebagai bukan pembakaran terbuka di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Diistiharkan) (Pembakaran Terbuka) 2003 di kawasan- kawasan tertentu melalui apa-apa cara yang difikirkan bersesuaian apabila :-

* kualiti di kawasan itu mencapai tahap yang tidak sihat dan kebakaran , pembakaran atau pembaraan itu membahayakan alam sekeliling.

Menteri melalui warta boleh menentukan keadaan-keadaan di mana pembakaran tidak boleh dilalkukan sama sekali.

KESALAHAN DAN DENDA

Seksyen 29A(2) atau 29B, akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

  • Kompaun - RM 2000.00 maksima bagi setiap longgokkan kebakaran.
  • Denda - RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

PERWAKILAN KUASA

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000

Agensi yang telah di perwakilkan kuasa untuk MENYIASAT pembakaran terbuka (Seksyen 29A)

  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Polis DiRaja Malaysia
  • Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Dewan Bandaraya Labuan

ANDA BOLEH MEMBANTU MENCEGAH KEBAKARAN TERBUKA

  • Sampah sarap organik (seperti makanan) ditanam dan direputkan untuk dijadikan baja;
  • Pastikan api dipadamkan sebelum membuang puntung rokok;
  • Sisa-sisa pertanian, cantasan pokok , ranting-ranting di ladang dan di kebun direputkan sebagai baja;
  • Reja-reja kayu di tapak pembinaan dijual atau diguna semula;
  • Amalkan Kitar Semula;
  • Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada berlaku pembakaran terbuka.

KESAN-KESAN PEMBAKARAN TERBUKA

  • Udara menjadi kotor akibat bertambahnya kumin-kumin pepejal pepejal atau habuk, karbon dioksida dan lain-lain bahan pencemar;
  • Keadaan persekitaran jerebu
  • Jarak penglihatan berkurangan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya , pesawat penerbangan dan kapal-kapal
  • Gangguan kesihatan (lelah, bronchitis, alahan, radang, paru-paru, mata sakit, dan kulit) terutamanya kepada bayi ,kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah)
  • Kemerosotan industri pelancongan yang memberi kesan kepada ekonomi dan pertukaran wang asing
  • Gangguan kepada murid sekolah dan jika kedaan bertambah buruk, sekolah terpaksa ditutup.
  • Produktiviti pertanian semakin berkurangan
  • Kemusnahan hutan dan kepelbagaian biologi
  • Gangguan aktiviti harian dan ekonomi ;dan
  • Kemusnahan harta benda

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green