Saban hari, mesyarakat pengguna terdedah kepada pelbagai isu alam sekitar yang seringkali di muatkan dalam media massa. Antaranya beberapa isu utama yang melibatkan pencemaran;
- air
- udara
- bunyi
- tanah tanih
- pencemaran sungai
- isu perlupusan sisa pepejal atau sisa terkawal yang kurang terurus
- isu kelemahan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pelbagai jenis pencemaran dan pengurusan alam sekitar
- isu tanah runtuh atau gelinciran
- isu banjir kilat di beberapa buah bandar utama seperti Kuala Lumpur
- isu permanasan global
- isu perlupusan haram sisa toksik
- dan lain-lain
- Adakah kita hanya berpeluk tubuh dan sentiasa mengharapkan agensi tertentu atau orang lain yang menyelesaikannya?
- Apakah yang harus kita lakukan supaya sebarang masalah atau isu pencemaran dapat ditangani dengan segera?
- Adakah kita hanya perlu menadah tangan ke langit dan mengharapkan Tuhan seberapa segera mengatasinya?
- Adakah kita hanya membiarkan insiden tersebut harus berlaku tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab untuk cuba menyumbang sesuatu yang terbaik untuk negara tercinta?
- terus memberi sumbangan yang tidak terhingga dalam usaha mengatasi masalah pelbagai isu pencemaran yang berlaku di peringkat dunia atau antarabangsa.
- mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup dalam aspek pengurusan dan pencemaran alam sekitar.
- mesti sentiasa sentiasa mengembangkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan alam sekitar
- meninjau atau mengkaji cara negara lain mengatasi masalah atau isu yang seakan-akan sama dengan negara kita;
- apakah teknologi baru dan terkini yang semestinya digunapakai dalam pelupusan sampah yang menggunung tinggi. Contohnya seperti penggunaan insinerator atau penggunaan teknolgi pemabakaran dalam relau.
- apakah kajian tentang teknologi berkaitan yang digunapakai di negara lain seperti Eropah, Jepun, Australia dan sebagainya yang telah dilakukan namun masalah isu pencemaran alam sekitar di negara ini masih terus berlaku tanpa batasan?
Peranan kita semua
- Kita mesti tahu peranan positif kita sebagai pengguna yang prihatin terhadap isu alam sekitar
- Kita mesti celik undang-undang dan peraturan yang ada di negara kita.
- Kita mesti tahu apakah agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelbagai aspek pengurusan alam sekitar. Sebagai Contoh, iklan di televisyen berkaitan pencemaran air sungai yang mengakibatkan kematian banyak ikan , siapa yang seharusnya dipersalahkan dan siapa yang semestinya memikul tanggungjawab untuk membenterasnya supaya tidak tidak berulang lagi?
Kuiz untuk Anda
Penebangan hutan yang tidak terkawal dan terancang boleh menyebabkan spesis ........................... dan ............................ yang amat berharga pupus.
jawab ye... bagi otak berjalan sikit....
jawab ye... bagi otak berjalan sikit....
kita terlalu sibuk megejar materialistik hingga lupa tanggungjawab pada tempat teduh kita yg indah ini..!!!
ReplyDeletejgn terlampau mengejar kebendaan sehinngga melalaikan tangungjawab kita pada AnugerahNya
ReplyDelete