Logo RAS - New

Logo RAS - New

May 4, 2012

Seminar Program Pencegahan dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Melaka


Perasmian oleh YB Datuk Latiff Tamby Chik, Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar


pendaftaran dan pameran


barisan peserta


sidang media dan barisan panel

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Latiff Tamby Chik pada 17 November 2009 di Hotel Avillion Legacy, Melaka dimana anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan Kerjasama Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Latar Belakang Program

Kempen Kesedaran Awam di bawah Program Pencegahan dan Peningkatan Kualiti Air Sungai Melaka merupakan aktiviti pendidikan dan kesedaran alam sekitar, sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang bertujuan memberi kesedaran kepada semua 'stakeholder' dan orang ramai tentang kepentingan pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai.
Objektif

Objektif seminar ini diadakan adalah seperti berikut;

i. Bagi melahirkan kesedaran kepada pihak industri tentang kepentingan Sungai Melaka kepada
kehidupan sejagat khususnya.
ii. Memberi pendedahan awal punca-punca atau penyumbang utama berlakunya pencemaran
Sungai melaka masa kini.
iii. Menerangkan peruntukan undang-undang yang ada berkaitan dengan pemuliharaan
terhadap Sungai Melaka.
iv. Menerangkan program-program yang telah dirancang di peringkat negeri dalam memelihara
Sungai melaka.

Kumpulan sasaran bagi seminar ini adalah premis kilang yang melepaskan effluen ke Sungai Melaka. Dalam Seminar berikut terdapat 3 perbentangan kertas kerja iaitu;

kertas kerja 1
Pengenalan /Pengurusan dan program-program Peningkatan dan Pemuliharaan Sungai Melaka oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kertas Kerja 2
Program-Program peningkatan dan Pemuliharaan Sungai Melaka di bawah skop JAS- PeruntukkanUndang-Undang yang berkaitandan aplikasi 'Performance Monitoring' bagi 'Industrial Effluent Treatment System'. (Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka)

Kertas kerja 3
Akta Industri Perkhidmatan Air Negara dan Keperluan Lesen Kelas oleh SPAN (Suhanjaya Perkhidmatan Air Negara)

Taklimat
Taklimat Persijilan Operator dari Institut Alam Sekitar Malaysia (Eimas).

Selain daripada itu pameran daripada Jabatan alam Sekitar juga diadakan bagi memberi kesedaran dengan mempamerkan risalah-risalah jabatan serta mengedarkan borang keahlian rakan alam sekitar.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green