DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU - Merujuk kepada pembangunan dan
aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semulajadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU;
- Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli
- Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
- Memelihara ekosistem serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan
- Berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar
MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA, MELAKA;
- Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim diketuai oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
- Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Melaka yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali b. Rustam, Ketua Menteri Melaka
JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU JABATAN KERAJAAN NEGERI
MELAKA;
- Semua jabatan Kerajaan negeri Melaka, agensi–agensi dan badan-badan berkanun telah diarahkan untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknologi Hijau di peringkat organisasi mereka
- Bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan aplikasi teknologi hijau dan amalan hijau ke dalam setiap budaya kerja organisasi dengan tujuan pengurangan karbon dan mitigasi perubahan ikllim
JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA;
- Ditubuhkan pada tahun 2009 atas nama Pengeluaran Bersih ( Cleaner Production)
- Untuk meningkatkan kesedaran staf Jabatan Alam Sekitar Melaka terhadap pembangunan aplikasi teknologi hijau dan amalan hijau di dalam setiap budaya kerja jabatan
- Tujuan pengurangan karbon dan mitigasi perubahan ikllim
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU JABATAN ALAM SEKITAR MELAKA
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!