Logo RAS - New

Logo RAS - New

May 23, 2012

UNSUR NADIR BUMI (Rare Earth)


Sumber Kritikal untuk Penggunaan Teknologi Tinggi. Unsur nadir bumi atau logam nadir bumi terdiri daripada 17 unsur kimia yang terdapat di dalam jadual berkala. Kumpulan unsur kimia ini mengandungi 15 lanthanides, scandium dan yttrium.


La: lanthanum                         Tb: terbium
Ce: cerium                               Dy: dysprosium
Pr: praseodymium                   Ho: holmium
Nd: neodymium                       Er: erbium
Pm: promethium                      Tm: thulium
Sm: samarium                          Yb: ytterbium
Eu: europium                           Lu: lutetium
Gd: gadolinium                        Y: yttrium


Amerika Syarikat mempunyai simpanan nadir bumi dan pusat perlombongan yang terbesar di Mountain Pass, California, dan merupakan pengeluar utama di dunia sehingga tahun 1990. Kebanyakan barangan elektronik teknologi tinggi Amerika Syarikat bergantung kepada nadir bumi. Pada tahun 2010, Jabatan Tenaga Amerika Syarikat menyenaraikan lima unsur nadir bumi yang kritikal untuk penghasilan tenaga bersih: dysprosium, neodymium, terbium, europium and yttrium.Elemen ini digunakan untuk penghasilan kereta hibrid dan fiber optik (english.aljazeera.net).  Kini, negara China menjadi pengeluar utama dengan menghasilkan 95% bekalan nadir bumi di dunia. Malaysia pula sedang berusaha untuk membangunkan kilang penapisan nadir bumi yang bakal memproses satu pertiga permintaan dunia. Nadir bumi digunakan kerana elemen ini kurang toksik berbanding elemen yang lain. Contoh:
  1. Bateri kadmium (nickel-cadmium) yang digunakan dalam komputer dan alat komunikasi dan bateri kereta asid-plumbum kini beransur digantikan dengan bateri lanthanum-nickelhydride (La-Ni-H). Walaupun bateri La-Ni-H lebih mahal, bateri ini mempunyai kuasa tenaga lebih kuat dan kurang bermasalah pada alam sekitar apabila dikitar semula atau dibuang.
  2. Aplikasi dalam penyejukan magnetik. Teknologi baharu ini digunapakai dalam peti sejuk, dan pendingin udara kereta. Penyejukan magnetik ini lebih efisien daripada penyejukan padat gas dan tidak memerlukan bahan penyejuk yang mudah terbakar, toksik dan juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green