SLOGAN - TINDAKAN
SETEMPAT MEMBERI MANFAAT MENYELURUH
(ACT LOCALLY, IMPACT
GLOBALLY)
VISI - Menjadi sebuah organisasi yang mengamalkan
amalan hijau secara berterusan.
MISI – Melahirkan warga JAS Melaka yang komited dalam
amalan hijau melalui pendidikan dan
kesedaran.
MATLAMAT - Untuk
menetapkan halatuju organisasi dan menyediakan pelan tindakan untuk diamalkan
oleh warga Jabatan Alam Sekitar Melaka bagi menikmati kualiti kehidupan yang
baik dan persekitaran yang sihat
OBJEKTIF;
- mengurangkan penggunaan tenaga di jabatan dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi
- mempromosi amalan hijau di kalangan industri di Negeri Melaka
- melaksanakan program pendidikan dan kesedaran di kalangan warga JAS dan orang awam
- menggalakkan pengurusan sumber yang mampan bagi memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang
- menggalakkan penggunaan pengangkutan yang mesra alam
- menggalakkan amalan hijau dalam perolehan penggunaan,pelupusan bekalan dan ICT
KRITERIA TEKNOLOGI
HIJAU;
- Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran
- Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar
- Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
- Ia menjimatkan tenaga dan sumber asli
- Ia menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!