Logo RAS - New

Logo RAS - New

July 22, 2009

Program Kitar Semula e-Waste (Buangan Elektrik dan Elektronik)

Program ini telah diadakan pada 18-19 Julai 2009 bermula jam 8.00 am -12.00 pm. Program ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama Victory Recovery Sdn Bhd. Victory Recovery Sdn Bhd merupakan Premis Yang Di Tetapkan(PYDT) dan dilesenkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali. Di Negeri Melaka terdapat 14 buah PYDT yang mengendalikan e-waste.

Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kaedah pengendalian dan pelupusan e-waste yang sempurna.Pengendalian e-waste perlu dilakukan oleh pihak yang kompeten dan berlesen.

Sehari sebelum kempen dijalankan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengedarkan 'flyer' untuk memaklumkan penduduk mengenai kempen ini.

Dalam Kempen ini terdapat 2 kaedah pengumpulan e-waste dijalankan iaitu;

1. Penduduk menghantar sendiri e-waste di khemah yang telah disediakan.

2. Penduduk menghantar e-waste ke dalam lori yang meronda disekitar Taman Perumahan.


Aktiviti pada hari itu turut disertai oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka, Tuan Haji Abd.Hapiz bin A.Samad dan Ahli Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah bagi kawasan Krubong iaitu En.Nikmat bin Mohamad.



Aktiviti pada 18 Julai 2009 di Taman Sri Krubong





Ketika Menunggu penduduk menghantar e-waste di khemah yang disediakan di Taman Sri Krubong





Antara kanak-kanak yang menghantar telefon bimbit terpakai. Secara tak langsung dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak tersebut.


Salah seorang Pegawai Jabatan Alam Sekitar antara yang membantu memasukkan e-waste ke dalam lori.


Pada hari berikutnya 19 Julai 2009 di Taman Krubong Jaya




Ahli Majlis MBMB En. Nikmat bin Mohamad membantu penduduk mengangkat E-waste untuk di letakkan di tepi khemah.




Tuan Haji Abd. Hapiz bin A.Samad (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka) bersama dengan En. Nikmat bin Mohamad (Ahli majlis MBMB)


Antara E- waste yang dapat dikumpul di kawasan khemah adalah dimana penduduk menghantar sendiri ke kawasan khemah.



Antara Pengutipan E-Waste dari rumah ke rumah dengan menggunakan lori Victory Recovery Sdn. Bhd




Lori Victory Recovery yang mengangkut e-waste



Antara pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar yang hadir pada hari tersebut. Gambar ini diambil selepas tugas selesai dijalankan.

1 comment:

  1. salam..sekarang di mana tempat yang menerima e-waste ni ye?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green