Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 31, 2011

TEKNOLOGI HIJAU DARIPADA ALAM SEMULAJADI


Bangunan Mesra Alam

Bangunan Eastgate Centre Building di Harare, Zimbabwe, merupakan bangunan yang pertama mempunyai sistem pendingin udara meniru rumah anai-anai (Macrotermes michaelseni). Di dalam rumah anai-anai, lubang udara sentiasa dibuka dan ditutup. Udara sejuk disedut dari bahagian bawah dan udara panas dilepaskan melalui bumbung. Suhu di dalam berubah satu darjah walaupun suhu diluar berubah dari 3C – 42C. Pendingin angin kaedah rumah anai-anai ini hanya menggunakan tenaga 10% dan menjimatkan kos pemiliknya sebanyak USD 3.5 juta (RM 11.2 juta).

Paru-Paru Manusia : Pengasingan Karbon

Paru-paru manusia mempunyai tiga ciri utama :

1. Membrane nipis membolehkan CO2 merentas dengan pantas.

2. Permukaan luas.

3. Enzim (carbonic anhydrase) memindahkan CO2 dari saluran darah dengan kadar yang cepat. Dengan mengkaji bagaimana paru-paru manusia berfungsi, satu teknologi baru telah dihasilkan untuk menggurangkan pelepasan karbon dioksida. Uji kaji oleh syarikat Carbozyme Inc., menunjukkan bahawa penapis udara bermirip paru-paru boleh memerangkap sehingga 90% CO2.

Ikan Paus Humpback : Tenaga Angin

Apabila ikan paus Humpback (megaptera novaeangkie) memburu udang, ia akan berenang secara putaran dan menghasilkan gelembung udara sepanjang 5 kaki. Air yang mengalir melalui sirip berbonjol (tubercules) tidak berkocak berbanding sirip yang tiada bonjolan. Ini membolehkan ikan paus membuat pusingan tajam dengan pantas. Ujian di dalam terowong angin membuktikan bahawa sirip berbonjol lebih aerodinamik dengan kuasa mengangkat meningkat 8% dan kuasa tarikan dikurangkan 32%. Teknologi ini telah digunapakai untuk mesin besar seperti turbin, kompresor, pam dan kincir angin, yang mana ianya berupaya menjimatkan tenaga dan mengurangkan bunyi bising.

Fotosintesis Tiruan : Sel Solar

Panel solar yang menggunakan pewarna foto-sensitif menghasilkan tenaga solar yang lebih murah berbanding silikon. Keanjalannya pula amat sesuai untuk digunakan di beberapa bahagian bangunan seperti tingkap dan di dalam tekstil. Walaupun sel fotovolta boleh mengumpul lebih banyak tenaga berbanding sel fotosintetik, pembuatannya memerlukan penggunaan pelarut toksik dan kuasa tenaga yang lebih tinggi. Justeru, sel solar fotosintetik, pembuatannyamemerlukan pelarut toksik dan kuasa tenaga yang lebih tinggi. Justeru, sel solar fotosintetik tiruan ini berpotensi tinggi kerana ianya lebih mesra alam dan lebih tahan dalam keadaan pelbagai suhu dan cahaya.

Burung Raja Udang : Keretapi Laju

Keretapi Shinkansen Bullet Train (Japan) merupakan keretapi paling laju di dunia, (200 batu/jam). Masalah besar dihadapi oleh pengusaha keretapi ini adalah setiap kali keretapi ini keluar daripada diselesaikan apabila bahagian hadapan dan belakang keretapi diubahsuai mengikut bentuk paruh burung Raja Udang. Paruh burung tersebut adalah aerodinamik. Apabila ianya menjunam ke dalam air, tiada percikan air berlaku. Dengan meniru bentuk paruh burung Raja Udang, keretapi kurang menghasilkan bunyi bising serta menjimatkan elektrik sebanyak 15% dan bergerak 10% lebih laju.

Bunga Teratai Sebagai Agen Pencuci

Bunga teratai (Nelumbo nucifera) adalah di antara daun yang paling kalis air. Permukaan daunya yang kasar dan berlubang berfungsi untuk memerangkap udara di dalamnya. Apabila ketulan air jatuh ke atas daun, air akan terapung di atas liang-liang udara tersebut. Sebarang pergerakan atau hembusan angin, walaupun perlahan, menyebabkan ketulan air di permukaan daun bergerak dengan membawa bersama habuk-habuk yang terlekat. Dengan meniru kaedah ‘teknologi pembersihan’ bunga teratai ini, permukaan kasar mikroskopik di masukkan ke dalam cat, kaca dan fabrik. Kaedah tersebut dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia untuk mencuci bahan-bahan ini. Sebagai contoh, fabrik buatan sebuah syarikat G3i yang dikenali sebagai GreenShield berupaya mengekalkan ciri-ciri kalis air dan kotoran.

Aliran Tanpa Geseran

Aliran cecair, gas dan haba secara semulajadi berputar mengikut corak geometrik, berbeza dengan motor putaran buatan manusia. Air dan udara berputar secara logaritma atau eksponen, seperti permukaan siput laut, lilitan belalai gajah, putaran galaksi, koklea telinga dan pora kulit manusia. Dengan meniru corak putaran air dan udara secara semulajadi, sebuah syarikat PAX Scientific Inc. mengaplikasikan bentuk asas geometri untuk mengubahsuai bentuk mesin putaran seperti kipas, turbin dan pam. Rekaan baharu tersebut boleh menjimatkan tenaga sebanyak 10% - 85%, bergantung pada kegunaannya. Bunyi bising juga dapat dikurangkan sebanyak 70%.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green