Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 31, 2011

BIOCHAR : KARBON DI DALAM TANAH


Biochar terhasil daripada tumbuh-tumbuhan terbakar atau sisa pertanian yang dibakar yang terperangkap dalam tanah. Biochar adalah karbon yang stabil dan bukannya bahan bakar serta boleh disimpan dalam tanah dalam jangka masa yang sangat panjang sehingga ribuan tahun. Biochar juga digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti tanah dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan perubahan iklim.

Biochar dan Penghasilan Kualiti Tanah

Tahap bahan organik yang rendah di dalam nutrien tumbuhan boleh menyebabkan tahap kesuburan yang tidak cukup dan memerlukan gabungan arang dengan tanah. Terdapat banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada permukaan Biochar yang sangat luas dan juga struktur pori-porinya yang kompleks, di mana ianya dapat menerima bakteria dan juga fungi untuk membantu tumbuhan menyerap nutrien daripada tanah.

Kajian menunjukkan bahawa struktur arang dapat menjadi sebuah habitat yang selamat bagi microbiota, yang amat penting bagi proses penuaian. Arang dapat menjadi bahan tengah amat baik kepada tanah di mana ianya dapat membantu meningkatkan 280 – 400% penyerapan nitrogen dan tumbuhan.

Hasil Penggunaan Biochar

Penggunaan campuran Biochar dengan bahan kimia (nitrogen, fosforus dan potassium) meningkatkan hasil bijiran tanaman dua kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman yang hanya menggunakan bahan penyuburan biasa.

Biochar Boleh Menjadi Karbon Negatif

Simpanan karbon dioksida (carbon dioxide sink) seperti dalam pokok atau algae yang mengikat karbon dioksida dalam bentuk biomass adalah karbon neutral dan bukan karbon negatif. Karbon (dalam bentuk karbon dioksida) yang diambil di dalam biomass melalui fotosintesis akan dilepaskan ke udara melalui proses semulajadi. Ianya akan kembali ke dalam atmosfera dalam bentuk karbon dioksida sebagai sebahagian daripada kitaran karbon. Pembakaran tumbuhan akan mempercepatkan proses situ.

Pada asasnya hutan hanya memerangkap jumlah karbon semasa pertumbuhan dan tempoh pengasingan karbon tersebut bergantung kepada apa yang berlaku seterusnya. Sekiranya pokok itu diproses untuk menjadi tisu tandas, maka tempohnya pendek, tidak seperti arang. Jumlah kehilangan karbon amat sedikit kerana ianya tidak boleh dibakar atau dinyahkan oleh penyakit seperti yang dialami beberapa hutan.

Langkah Pengesahan

Langkah terhadap pengesahan Biochar telah diperbincangkan di persidangan Pozna pada tahun 2008. United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD) telah mengetengahkannnnya sebagai strategi pengurangan semasa tempoh komitmen Protokol Kyoto ke-2 yang akan bermula pada tahun 2013.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan akan memberikan pengesahan terhadap Biochar sebagai strategi pengurangan gas rumah hijau dan ini bermakna inovasi purba akhirnya bakal mengalami ujian berskala besar. Biochar untuk pengasingan karbon tidak mempunyai kekuatan kewangan yang tinggi berbanding penangkapan dan penyimpanan karbon melalui pengasingan geologikal. Bagaimanapun, penggunaan Biochar adalah amat berkesan untuk memerangkap karbon.

1 comment:

  1. Hi - great to see your report on biochar. It would be good if you could also give your readers some info on what is happening in Malaysia & SEA region... some science going on but getting a biochar interest group started would help the local momentum.
    Cheers, Trevor
    http://sea-biochar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green