Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 31, 2011

KONSEP PERLADANGAN MENEGAK


Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem

Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar.

Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.

Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia.

Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah :

· Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan.

· Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England.

· Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat.

Perladangan menegak

Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea ‘perladangan menegak’ (vertical farming) tercetus. Lading ini terletak dalamm bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem.

Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Lading yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang).

Kebaikan perladangan menegak

· Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi.

· Tanaman dilindungi daripada bencana alam.

· Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus.

· Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan.

· Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.

· Hasil tidak memerlukan pengangkutan yang jauh dan kerosakan hasil adalah rendah.

· Penjimatan air melalui kitar semula dan pemeluapan air daripada evapotranspirasi.

· Guna semula tenaga melalui pemerangkapan methane dari sisa tanaman dan haiwan.

· Mengurangkan kehilangan hasil selepas tuai kerana hasil tidak perlu disimpan lama.

Buat masa ini, perladangan menegak masih lagi di peringkat konsep ‘bayangan’. Professor Despommier menganggarkan lading menegak akan mula menjadi kenyataan dalam masa 7 tahun lagi. Walaubagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kaedah ini akan Berjaya sekiranya bangunan tinggi pengeluar makanan ini berfungsi dengan cara yang menyerupai kaedah kitaran semula kesemua bahan organik dan juga air yang telah digunakan. Sokongan padu daripada kerajaan dan universiti juga amatlah diperlukan untuk merealisasikan konsep ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green