Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 20, 2011

TUMPAHAN MINYAK DI TELUK MEXICO MENGANCAM EKOSISTEM LAUT


Pada 20 April 2010, berlaku letupan dan kebakaran di pelantar minyak sedalam 1.525 meter di bawah air dan 4 km di bawah dasar laut. Kejadian ini telah mencetuskan jutaan liter tumpahan minyak di Teluk Mexico, menjadikan ia sebagai peristiwa tumpahan terbesar sejauh 160km dari garis pantai. Kejadian ini telah mengancam beberapa kawasan perikanan terkaya Amerika Syarikat serta telah membahayakan ekosistem laut di kawasan sekitar. Susulan ini, lapan hari kemudian, US Coast Guard telah melaporkan aliran tumpahan minyak sebanyak 795,000 liter. Bencana ini telah menyebabkan tumpahan minyak yang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat di mana kesannya adalah dua kali ganda daripada bencana tumpahan minyak Exxon Valdez yang berlaku pada tahun 1989.

Kronologi Selepas Letupan

· Pada 6 Mei, tumpahan minyak telah sampai ke Kepulauan Chandeleur, Lousiana, sebuah pulau yang tidak berpenghuni yang merupakan sebahagian daripada Pusat Perlindungan Hidupan Liar Breton.

· Pada 19 Mei, tumpahan minyak sampai ke kawasan tanah bencah Lousiana. Kawasan ini terdiri daripada 40% tanah bencah pesisiran pantai di Amerika Syarikat. Kehadiran minyak akan mengganggu habitat burung pantai, kura-kura laut dan spesis terancam yang lain yang berada di kawasan tersebut.

· Pada 2 Jun, Washington telah mengharamkan sebarang aktiviti penangkapan ikan sejauh 228,000 kilometer persegi (iaitu 37% perairan Teluk Mexico). Para saintis berpendapat bahawa tumpahan minyak berpotensi meracun hidupan laut dan mengganggu rantai makanan marin.

· Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan meramalkan tumpahan minyak akan dibawa oleh angin dan arus dari Semenanjung Florida sehingga ke utara Carolina pada awal musim panas.

Impak Tumpahan Minyak

Pembentukkan Zon Mati (Dead Zones)

Setiap musim bunga dan musim panas , baja dari kawasan pertanian Midwest Amerika Syarikat akan mengalir masuk ke Sungai Missisippi. Akibatnya, nitrogen dan fosforus akan mencetuskan pertumbuhan alga, fitoplankton dan tanaman mikroskopik yang berlebihan. Setelah hidupan tersebut mati, ianya akan mendak ke dasar dan penguraian bahan organik berlaku. Proses ini akan menyedut oksigen dari air mengakibatkan pembentukkan zon mati. Hidupan laut yang terperangkap di dalam kawasan “mati” tersebut akan terbunuh kerana ketiadaan oksigen di dalam air. Tahap oksigen rendah yang direkodkan di sepanjang kawasan pantai Teluk tersebut telah menjejaskan sistem reproduktif ikan seperti pengucupan saiz organ pembiakan dan pengeluaran telur yang berkurangan.

Apa yang berlaku di persisiran pantai dan perairan, akan juga berlaku di kawasan laut dalam terutama di kawasan tumpahan. Kawasan mati akan terbentuk disebabkan oleh penggunaan oksigen oleh mikroorganisma semasa aktiviti pemecahan minyak. Kekurangan atau ketiadaan oksigen boleh membunuh hidupan laut yang tidak mampu melarikan diri, seperti karang Lophelia yang berada di dasar laut atau haiwan yang pergerakannya lembab seperti cacing dan ketam. Udang, sebagai contoh, terpaksa berhijrah ke kawasan lain yang kurang sesuai untuk hidup kerana tahap oksigen di tempat yang didiami sebelum itu kekurangan oksigen.

Kehidupan Liar Dan Habitat Terancam

Kawasan Teluk dihuni oleh pelbagai hidupa, di atas dan di bawah permukaan air. Kawasan ini merupakan laluan penting untuk burung berhijrah. Kawasan persisiran pantai dan tanah bencah merupakan tapak nurseri ikan dan burung-burung. Kebanyakan daripada spesis yang membiak di situ akan mencari makanan di sepanjang persisiran pantai. Haiwan ini berisiko diselaputi dengan minyak atau keracunan minyak semasa mencari makanan. US Fish and Wildlife Service melaporkan sebanyak 156 kematian kura-kura laut telah direkodkan sejak 30 April. Jumlah ini lebih 100 kali daripada kebiasaan pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, tanda-tanda kesan ke atas hidupan marin dan plankton masih belum ketara. Kesan negative bahan kimia yang digunakan untuk memecahkan lapisan minyak belum diketahui, tetapi berkemungkinan ianya beracun.

Kesan Ekonomi

Tumpahan minyak ini dijangka akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi pelancongan, perikanan, tenaga dan perkapalan di kawasan teluk. Kajian terbaru daripada Universiti Texas A&M menganggarkan bahawa ekonomi minyak, pelancongan, perikanan dan perkapalan di daerah tersebut adalah sebanyak $234 billion setahun. Kerajaan Amerika Syarikat telah menghadkan kawasan penangkapan ikan di kawasan Teluk, yang merangkumi 37% kawasan perairan negara itu.

Mengikut Doug Rader, ketua saintis daripada Environmental Defense Fund (EDF), kemalangan ini akan mempengaruhi persekitaran di persisiran pantai dan di laut. Kesannya akan dirasai bukan hanya pada masa yang singkat ini tetapi selama beberapa generasi yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green