Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 31, 2011

PENGGUNAAN BAHAN ALTERNATIF HIJAU DALAM AKTIVITI HARIAN


Kebanyakan aktiviti harian manusia seperti aktiviti pembersihan rumah, pengawalan serangga perosak serta penjagaan dan kebersihan diri menggunakan bahan kimia. Namun, jika diperhalusi, bahan alternatif hijau sebenarnya boleh digunakan untuk menggantikan bahan kimia ini. Bahan-bahan tersebut mudah diperolehi, dan keberkesanannya terbukti, serta diwarisi sejak turun-temurun.

Buah Lemon Sebagai Agen Pembersihan

Buah lemon mampu menggantikan cecair pencuci pakaian, peluntur atau cecair pencuci pinggan. Ini kerana asid di dalam lemon mempunyai sifat pembersihan dan perlunturan. Jus lemon boleh digunakan untuk membersihkan kotoran pada kain, selain berkesan untuk memulihara warna putih pada kain. Kotoran degil seperti karat, kulat, dakwat dan kopi boleh dihilangkan dengan menggosok tompok yang kotor dengan campuran jus lemon dan garam dalam kepekatan yang lebih tinggi. Malah, perkakas tahan karat dan periuk tembaga juga boleh dibersihkan dengan menggunakan campuran air lemon dengan garam atau soda.

Bawang Putih Sebagai Agen Penghapusan Serangga Perosak

Serangga perosak seperti siput dan belalang merupakan beban kepada petani dan pekebun. Namun, rata-rata petani mencari jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan racun perosak kimia tanpa menyedari bahawa bawang putih merupakan alternatif hijau yang boleh berfungsi sebagai agen penghapusan serangga perosak. Bawang putih mempunyai sifat antibakteria dan antikulat, dan racun perosak berasaskan bawang putih boleh dihasilkan dalam bentuk serbuk, atau larutan dengan mencampur di dalam air, minyak ataupun sabun pencuci. Pokok bawang putih juga berkesan sebagai tumbuhan untuk membasmi serangga perosak, dan sering digunakan oleh petani semasa musim pertukaran tanaman (intercropping).

Alternatif Hijau Dalam Produk Penjagaan Diri

Ramai yang tidak tahu bahawa soda penaik (baking soda) merupakan alternatif hijau yang boleh menggantikan bahan anti-peluh berasaskan bahan aluminium. Selain itu, campuran soda penaik dan tepung jagung memberikan dua kelebihan kerana soda penaik mempunyai kuasa menyahbau dan tepung jagung pula boleh menahan peluh.

Kuasa pembersihan soda penaik boleh digunakan untuk dijadikan ubat gigi dengan mencampur sedikit garam, atau dilarutkan di dalam air untuk dijadikan cecair berkumur. Selain itu, ia mempunyai sifat pemutih yang dimiliki oleh soda penaik yang boleh memutihkan goigi daripada kekotoran kopi, rokok dan kesan penuaan.

Kesimpulan

Secara lazimnya, kebanyakkan bahan kimia yang digunakan untuk aktiviti harian dapat digantikan dengan alternatif hijau yang mudah didapati pada kos yang rendah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green