Logo RAS - New

Logo RAS - New

January 20, 2011

KENALI BUMI SARAWAK





Flora dan Fauna di Sarawak Bumi Kenyalang

Sarawak adalah negeri yang amat kaya dengan sumber flora (tumbuhan) dan fauna (haiwan). Hutan hujan ini juga dihuni oleh pelbagai spesis fauna dari pelbagai peringkat atau strata hutan meliputi lantai hutan sehinggalah pada bahagian kanopi pokok. Dianggarkan 70% daripada keseluruhan Sarawak masih diliputi hutan hujan tropika yang menempatkan lebih 8000 spesis flora.

Spesis flora, sebahagiannya berperanan sebagai habitat dan sumber makanan kepada spesis faunanya. Manakala, spesis faunanya adalah untuk pengekalan generasi floranya.

Terdapat beberapa spesis flora dan fauna yang dikategorikan di bawah status dilindungi atau dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak, 1998.

Kepelbagaian Flora dan Fauna di Sarawak

Bunga rafflesia atau bunga pakma iaitu bunga terbesar di dunia boleh ditemui di Taman Negara Gunung Gading pada musim mekar di antara bulan November hingga Januari.

Periuk kera adalah nama tempatan bagi spesis tumbuhan yang unik dengan struktur periuk yang muncul daripada sulur di hujung daunnya. Struktur periuk ini digunakan untuk menangkap dan membunuh serangga bagi mendapatkan nutrien. Periuk kera, Nepenthes rafflesia boleh menghasilkan periuk yang besar iaitu sepanjang 35cm dan selebar 15cm.

Orkid selipar mendapat nama daripada struktur kelopak bunga seperti kantung yang seakan-akan selipar. Kantung ini berfungsi sebagai perangkap serangga untuk tujuan pendebungaan.

Burung enggang badak atau amat dikenali sebagai burung kenyalang. Buceros rhinoeros, menjadi simbol negeri Sarawak.

Orang utan, Pongo pygmaeus adalah spesis primat yang terkenal di Sarawak dan dianggarkan sebanyak 2500 orang utan masih boleh ditemui di Sarawak.

Nasalis larvatus atau monyet belanda boleh dijumpai di kawasan paya bakau seperti I Taman Negara Bako. Monyet belanda jantan mempunyai struktur hidung yang lebih besar yang berperanan untuk menarik perhatian monyet belanda betina sewaktu musim mengawan.

Primat nokturnal (aktif di waktu malam) iaitu kera hantu, Tarcsius bancanus mempunyai mata yang sangat besar dan mampu untuk memusingkan kepalanya 180 darjah.

Landak borneo, Thecurus crassispinis iaitu spesis endemik di kepulauan Borneo boleh ditemui di Sarawak. Tubuhnya diliputi dengan duri tebal dan berwarna kecoklatan di tengah bahagian durinya.

Terdapat dua spesis buaya yang boleh ditemui di Sarawak iaitu spesis buaya katak atau buaya air masin, Crocodylus porosus dan spesis buaya jujulong, Tomistoma schlegelii.

Kupu-kupu Raja Brooke, Trogonoptera brookiana jantan bersayap lebar dan berwarna hijau terang.

Mentadak mentadu orkid, Hymenopus coronatus berwarna merah jambu yang jarang ditemui boleh dijumpai di Taman Negara Kubah, Kuching.

Usaha Pengekalan Spesis Flora dan Fauna

Usaha pemeliharaan terhadap habitat flora dan fauna adalah secara in-situ (pemeliharaan dan pemuliharaan dilakukan dihabitat semulajadi seperti di Taman Negara Similajau di Bintulu, Taman Negara Niah dan Lambir di Miri, dan Taman Negara Bako dan Kubah di Kuching) atau ex-situ (pemeliharaan dan pemuliharaan dilakukan di luar habitat semulajadi seperti di Taman Tumbina, Bintulu, Taman Buaya, Miri dan Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching).

Peranan Generasi Muda

· Pupuk kesedaran dalam diri untuk menghargai kewujudan pelbagai spesis flora dan fauna di persekitaran kita dengan menonton televisyen, membaca buku dan melayari internet.

· Kunjungi lokasi di mana spesis flora dan fauna boleh ditemui.

· Berkongsi cerita dan pengalaman denagn rakan-rakan atau saudara mara. Perkongsian maklumat dapat mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan sesuatu spesis.

· Libatkan diri dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan spesis flora dan fauna seperti membantu ibu bapa menanam pelbagai jenis flora tempatan di dalam kawasan perkarangan rumah adik adik.

Kita sebenarnya berkongsi tempat tinggal dengan pelbagai hidupan yang lain di muka bumi ini. Oleh itu, kita memerlukan persekitaran yang menghijau untuk mendapatkan udara yang segar dan sihat serta juga sebagai sumber ketenangan dan hiburan.

1 comment:

Terima kasih kerana mengikut blog ini.
Daftarlah sebagai ahli Rakan Alam Sekitar sekarang!

KEMPEN KITAR SEMULA E-WASTE

Tahukah Anda ?



Kebanyakan mentol lampu, samada jenis pijar (incandent), berpendaflour (fluorescent) ataupun berpendaflour kompak mempunyai sedikit cecair merkuri dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh mencemarkan tanah dan air bawah tanah.


Opportunity Green